Saban
hari kemajuan teknologi semakin pesat membangun, saya juga tidak ketinggalan
untuk mempelajari tentang teknologi-teknologi yang semakin hari semakin
canggih. salah satu yang paling hampir dengan kita adalah penggunaan Multimedia
dalam pendidikan. kita semua sedia maklum tentang penggunaan Multimedia yang
banyak membantu kita semua sebagai guru dalam melancarkan lagi proses
pembelajaran. jadi disini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai
penggunaan multimedia dalam proses pembelajaran.mudah-mudah ianya membantu
menjadi rujukan untuk kita semua.
Penggunaan
Multimedia Dalam Pendidikan
Tidak
dinafikan bahawa teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam
bidang komunikasi dan pendidikan kerana ianya boleh mengintegrasikan teks,
grafik, animasi, audio dan video. Multimedia telah mengembangkan proses
pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik. Namun apa yang
lebih penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi
tersebut dengan lebih efektif dan dapat mengeluarkan idea-idea untuk
pengajaran dan pembelajaran.
Buat masa kini, guru perlu
mempunyai kemahiran dan keyakinan diri bagi menggunakan keupayaan
teknologi ini dengan cara yang paling berkesan. Suasana pengajaran dan
pembelajaran yang interaktif, lebih menggalakkan komunikasi aktif
antara pelbagai hala. Penggunaan komputer multimedia dalam proses pengajaran
dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran.
Dengan berkembangnya teknologi
multimedia, unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik boleh diserap di dalam
perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Hari ini, perisian PBK telah
banyak didapati dalam pasaran yang disediakan dalam storan cakera padat yakni
CD-ROM. Contoh-contoh perisian ini adalah seperti ensaiklopedia, kamus elektronik,
buku cerita elektronik dan perisian kursus. Konsep permainan dalam pembelajaran
digabung untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Perisian-perisian ini adalah dari jenis pembelajaran di dalam kelas atau
pembelajaran kendiri. Ia boleh digunakan untuk pembelajaran di rumah dan di
sekolah.
Ensaiklopedia memberi peluang pembelajaran berlaku.
Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan ensaiklopedia CD-ROM juga
melibatkan pemikiran kritikal, mencari, menghubung
dan menghasilkan maklumat - bukan hanya mengingat. Sama ada
pembelajaran berlaku atau tidak, dan jenis pembelajaran yang berlaku bukan
sahaja bergantung kepada isi dan bagaimana ia memotivasikan pelajar,
tetapi lebih bergantung kepada kualiti pelajaran serta aktiviti murid yang
telah dirancang oleh guru.
Sesi pembelajaran boleh disesuaikan dengan tahap
penerimaan dan kefahaman pelajar. Pencapaian dan kefahaman pelajar
akan diuji. Jika pelajar tidak mencapai tahap yang memuaskan, maka sesi pemulihan
pula akan dilaksanakan.
Rekod pencapaian pelajar akan disimpan supaya prestasi pelajar boleh
diawasi. Konsep pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan dengan jayanya
jika perisian tersebut menarik dan memotivasikan pelajar untuk terus
belajar. Ini dapat dicapai jika perisian direkabentuk dengan baik menggunakan
multimedia.
Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif
akan menggalakkan komunikasi aktif pelbagai hala ( pelajar-guru,
pelajar-pelajar, pelajar-komputer ). Gabungan pelbagai media yang memanfaatkan
sepenuhnya deria penglihatan dan pendengaran mampu menarik minat belajar. Namun
yang utamanya ialah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
Harus diingat bahawa teknologi multimedia hanya bertindak
sebagai pelengkap, tambahan atau alat bantu kepada guru.
Multimedia tidak akan mengambil alih tempat dan tugas guru. Multimedia adalah
sebagai saluran pilihan dalam menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih
berkesan. Komputer hanya digunakan hanya jika ia adalah perlu dan pilihan yang
terbaik. Andainya jikalau terdapat pilihan lain yang lebih berkesan untuk
menyampaikan maklumat, gunakanlah pilihan itu.
Di samping itu juga guru harus sedar keperluan
berinteraksi dengan teknologi terkini bagi membiasakan generasi yang akan
datang dengan cara hidup canggih abad ke 21 nanti. Penggunaan multimedia secara
tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan
memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi
sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.
Kelebihan Penggunaan
Multimedia Dalam Pendidikan
Kelebihan penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah seperti berikut:
a. Dalam pembelajaran
berbantukan komputer
- pelajar dapat didedahkan kepada isi pengajaran
- maklumat dapat disimpan secara logik dalam ingatan
- mengeluarkan semula maklumat atau kemahiran
secara berkesan.
b. Sebagai sumber maklumat /
pengkalan data
- mampu untuk menyokong model sebagai sumber maklumat
- mencari hubungan atau kaitan dari satu maklumat ke maklumat lain
- untuk
menghasilkan persekitaran yang kaya dengan maklumat
- memperkayakan serta mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
c. Sebagai bahan kursus untuk
memperkayakan aktiviti P&P
- memperkayakan aktiviti pengajaran
& pembelajaran untuk pelajar pra sekolah dan sekolah rendah
- menghiburkan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran membaca,
mendengar dan berinteraksi secara individu dengan teknologi terkini.
d. Sebagai alat bantu mengajar
- memberi peluang kepada guru
mengubah kaedah pengajaran
- menginteraksikan klip video atau
animasi yang sesuai supaya lebih menarik dalam pengajaran.
Ciri-ciri Yang Perlu Ada Dalam Perisian Kursus Multimedia Dalam
Pendidikan
Perisian dibina dengan tujuan untuk menghasilkan persekitaran kaya
maklumat bagi memberi peluang kepada pelajar untuk ‘browse’ dan menjelajahinya.
Terdapat banyak tajuk-tajuk CD-ROM di pasaran yang boleh digunakan untuk
memperkayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang perlu ada dalam
perisian kursus Multimedia dalam Pendidikan adalah seperti berikut :
a. Carian menggunakan
katakunci, indeks atau senarai kandungan hendaklah mudah dilaksanakan
Apabila
kita hendak mencari sesuatu, kita boleh menggunakan katakunci supaya terus ke bahagian
yang dikehendaki. Ciri ini perlu dilaksanakan dengan mudah.
b. Mudah untuk install
Sebarang
perisian multimedia perlu mudah diinstall ke komputer yang akan digunakan oleh
pengguna.
c. Mudah diguna dan senang untuk
fahami
Perisian
multimedia perlu mudah diguna dan senang untuk faham. Jikalau
ia susah diguna atau susah untuk faham, pengguna hendaklah selalu merujuk ke
pengajar yang mengendalikan kursus itu.
d. Dapat menggunakan perisian
mengikut rentaknya sendiri (flexible)
Jika
pengguna tidak faham sesuatu dan hendaklah merujuk balik ke bahagian yang
tertentu itu, ia boleh membuat demikian dengan berapa kali yang ia suka tanpa
merisau tentang kawan-kawannya yang lebih cepat.
e. Bersepadu dan berinteraktif
Pengguna
diajar dengan berinteraktif dengan kerja kursusnya, bukan hanya mencatat nota
sahaja daripada pengajarnya.
f. Persekitaran yang
kooperatif
Sesuatu
perisian multimedia perlu mempunyai persekitaran yang kooperatif. Pengguna
boleh membuat sesuatu dan perisian itu dapat memberi maklumbalas yang cepat.
g. Kit pembelajaran kendiri
Perisian
kursus multimedia hendaklah merupakan satu kit pembelajaran kendiri supaya
sesiapa sahaja dapat belajar tanpa bantuan daripada orang lain.