Aktiviti : Mari Menyusun
Tunjang : Sains Dan Teknologi
Masa : 30 minit
Standard Pembelajaran Utama : ST 6.3.1- Menyusun objek mengikut kriteria berikut :
- Kecil ke besar
- Pendek ke panjang
- Rendah ke tinggi
- Nipis ke tebal dan sebaliknya.
Standard Pembelajaran yang
disepadukan : BM 2.2.6 Menjawab soalan dengan tepat
PSE 2.2.2 Menunjukkan semangat positif seperti keyakinan.
Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat :
- Menyusun objek dari kecil ke besar
- Menyusun objek dari pendek ke panjang
- Menyusun objek dari rendah ke tinggi
- Menyusun objek dari tebal ke nipis
Alatan dan Bahan : Penyedut minuman
Duit syiling
Bongkah kayu
Buku yang berlainan ketebalan
Kotak berbeza saiz
Langkah : 1. Guru dan murid bersoaljawab mengenai saiz kotak yang diletakkan di atas meja.
- Guru meninta murid membuat perbandingan mengenai saiz antara 3 buah kotak.
- Guru meminta murid menunjukkan kotak yang kecil, sederhana dan besar.
- Guru meminta murid menyusun kotak mengikut urutan dari kecil sehingga ke
besar.
2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
3. Setiap kumpulan diminta menyusun dan melekatkan bahan - bahan yang
disediakan di atas kad manila.
- duit syiling - dari kecil sehingga ke besar
- penyedut minuman - dari pendek ke panjang
- menyusun ketinggian bongkah - dari rendah ke tinggi
- menyusun buku- dari nipis ke tebal
4. Guru membimbing murid semasa aktiviti dijalankan. Bersoaljawab dengan
murid.
- Duit syiling mana yang paling besar?
- Tunjukkan penyedut minuman mana yang paling pendek?
- Mengapakah buku ini di letakkan di sini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan