Selasa, 8 November 2011

Saban hari kemajuan teknologi semakin pesat membangun, saya juga tidak ketinggalan untuk mempelajari tentang teknologi-teknologi yang semakin hari semakin canggih. salah satu yang paling hampir dengan kita adalah penggunaan Multimedia dalam pendidikan. kita semua sedia maklum tentang penggunaan Multimedia yang banyak membantu kita semua sebagai guru dalam melancarkan lagi proses pembelajaran. jadi disini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai penggunaan multimedia dalam proses pembelajaran.mudah-mudah ianya membantu menjadi rujukan untuk kita semua. 


Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan
        
Tidak dinafikan bahawa teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan kerana ianya boleh mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video. Multimedia telah mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik. Namun apa yang lebih penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi tersebut dengan lebih efektif dan dapat mengeluarkan idea-idea untuk pengajaran dan pembelajaran.
         Buat masa kini, guru perlu mempunyai
kemahiran dan keyakinan diri bagi menggunakan keupayaan teknologi ini dengan cara yang paling berkesan. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, lebih menggalakkan komunikasi aktif antara pelbagai hala. Penggunaan komputer multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
         Dengan berkembangnya teknologi multimedia, unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik boleh diserap di dalam perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Hari ini, perisian PBK telah banyak didapati dalam pasaran yang disediakan dalam storan cakera padat yakni CD-ROM. Contoh-contoh perisian ini adalah seperti ensaiklopedia, kamus elektronik, buku cerita elektronik dan perisian kursus. Konsep permainan dalam pembelajaran digabung untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
Perisian-perisian ini adalah dari jenis pembelajaran di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Ia boleh digunakan untuk pembelajaran di rumah dan di sekolah.
Ensaiklopedia memberi peluang pembelajaran berlaku. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan ensaiklopedia CD-ROM juga melibatkan pemikiran kritikal, mencari, menghubung dan menghasilkan maklumat - bukan hanya mengingat. Sama ada pembelajaran berlaku atau tidak, dan jenis pembelajaran yang berlaku bukan sahaja bergantung kepada isi dan bagaimana ia memotivasikan pelajar, tetapi lebih bergantung kepada kualiti pelajaran serta aktiviti murid yang telah dirancang oleh guru.

        
Sesi pembelajaran boleh disesuaikan dengan tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Pencapaian dan kefahaman pelajar akan diuji. Jika pelajar tidak mencapai tahap yang memuaskan, maka sesi pemulihan pula akan dilaksanakan.
Rekod pencapaian pelajar akan disimpan supaya prestasi pelajar boleh diawasi. Konsep pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan dengan jayanya jika perisian tersebut menarik dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Ini dapat dicapai jika perisian direkabentuk dengan baik menggunakan multimedia.
Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif akan menggalakkan komunikasi aktif pelbagai hala ( pelajar-guru, pelajar-pelajar, pelajar-komputer ). Gabungan pelbagai media yang memanfaatkan sepenuhnya deria penglihatan dan pendengaran mampu menarik minat belajar. Namun yang utamanya ialah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Harus diingat bahawa teknologi multimedia hanya bertindak sebagai pelengkap, tambahan atau alat bantu kepada guru. Multimedia tidak akan mengambil alih tempat dan tugas guru. Multimedia adalah sebagai saluran pilihan dalam menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih berkesan. Komputer hanya digunakan hanya jika ia adalah perlu dan pilihan yang terbaik. Andainya jikalau terdapat pilihan lain yang lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat, gunakanlah pilihan itu.
Di samping itu juga guru harus sedar keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini bagi membiasakan generasi yang akan datang dengan cara hidup canggih abad ke 21 nanti. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.

Kelebihan Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan
Kelebihan penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah seperti berikut:
a.         Dalam pembelajaran berbantukan komputer
 -   pelajar dapat didedahkan kepada isi pengajaran
 -   maklumat dapat disimpan secara logik dalam ingatan
 -    mengeluarkan semula maklumat atau kemahiran secara berkesan.


b.         Sebagai sumber maklumat / pengkalan data
 -    mampu untuk menyokong model sebagai sumber maklumat
 -    mencari hubungan atau kaitan dari satu maklumat ke maklumat lain
 -    untuk menghasilkan persekitaran yang kaya dengan maklumat
 -    memperkayakan serta mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

c.         Sebagai bahan kursus untuk memperkayakan aktiviti P&P
-     memperkayakan aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk pelajar pra sekolah dan sekolah rendah
 - menghiburkan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran membaca, mendengar dan berinteraksi secara individu dengan teknologi terkini.

d.         Sebagai alat bantu mengajar
-     memberi peluang kepada guru mengubah kaedah pengajaran
-     menginteraksikan klip video atau animasi yang sesuai supaya lebih menarik dalam pengajaran.
  
 Ciri-ciri Yang Perlu Ada Dalam Perisian Kursus Multimedia Dalam Pendidikan

Perisian dibina dengan tujuan untuk menghasilkan persekitaran kaya maklumat bagi memberi peluang kepada pelajar untuk ‘browse’ dan menjelajahinya. Terdapat banyak tajuk-tajuk CD-ROM di pasaran yang boleh digunakan untuk memperkayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang perlu ada dalam perisian kursus Multimedia dalam Pendidikan adalah seperti berikut :
a.   Carian menggunakan katakunci, indeks atau senarai kandungan hendaklah mudah dilaksanakan
Apabila kita hendak mencari sesuatu, kita boleh menggunakan katakunci supaya terus ke bahagian yang dikehendaki. Ciri ini perlu dilaksanakan dengan mudah.

b.   Mudah untuk install
Sebarang perisian multimedia perlu mudah diinstall ke komputer yang akan digunakan oleh pengguna.

c.   Mudah diguna dan senang untuk fahami
Perisian multimedia perlu mudah diguna dan senang untuk faham. Jikalau ia susah diguna atau susah untuk faham, pengguna hendaklah selalu merujuk ke pengajar yang mengendalikan kursus itu.

d.   Dapat menggunakan perisian mengikut rentaknya sendiri (flexible)
Jika pengguna tidak faham sesuatu dan hendaklah merujuk balik ke bahagian yang tertentu itu, ia boleh membuat demikian dengan berapa kali yang ia suka tanpa merisau tentang kawan-kawannya yang lebih cepat.

e.   Bersepadu dan berinteraktif
Pengguna diajar dengan berinteraktif dengan kerja kursusnya, bukan hanya mencatat nota sahaja daripada pengajarnya.

f.    Persekitaran yang kooperatif
Sesuatu perisian multimedia perlu mempunyai persekitaran yang kooperatif. Pengguna boleh membuat sesuatu dan perisian itu dapat memberi maklumbalas yang cepat.

g.   Kit pembelajaran kendiri
Perisian kursus multimedia hendaklah merupakan satu kit pembelajaran kendiri supaya sesiapa sahaja dapat belajar tanpa bantuan daripada orang lain.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan